Questions? +1 (202) 335-3939 Login
Trusted News Since 1995
A service for political researchers · Wednesday, May 28, 2025 · 816,680,136 Articles · 3+ Million Readers

Edisi Ke-3 Persidangan Pelabur ESG Vietnam 2025 Memacu Komitmen Tindakan Bagi Matlamat Pembangunan Lestari dan Sifar Bersih

/EIN News/ -- Bandar Ho Chi Minh, Vietnam, May 27, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Raise Partners dan Vietnam Innovators Digest (Vietcetera Media) mengakhiri Persidangan Pelabur ESG Vietnam 2025 dengan jayanya yang diadakan pada 13 & 14 Mei 2025 di Hotel New World Saigon di Bandar Ho Chi Minh. Acara dua hari tersebut menarik lebih daripada 500 hadirin termasuk pelabur, pegawai kerajaan, pemimpin perniagaan, SME, syarikat multinasional, ahli akademik dan media yang mencari peluang untuk menavigasi perdagangan, pelaburan dan pertumbuhan lestari.

Persidangan tersebut membincangkan tema-tema penting seperti tarif perdagangan AS, peralihan geopolitik dan kedudukan Vietnam dalam ASEAN. Perbincangan panel dan ucapan dasar yang diteliti memanfaatkan kelebihan Vietnam untuk mempelbagaikan ekonomi dan pasaran eksport, ketahanan infrastruktur, pembangunan daya kerja terangkum dan pelaburan kanta jantina. Sebuah Pameran Pelabur dan Perniagaan interaktif menampilkan inovasi dan kerjasama rintisan.

Hari pertama menumpukan kepada matlamat sosioekonomi Vietnam dalam situasi global yang tidak menentu yang menekankan pendekatan dipacu misi, kepelbagaian daya kerja, bandar lestari, ketahanan sektor dan amalan terbaik ESG. Hari kedua meneliti cara pelabur, kerajaan dan sektor swasta boleh menggunakan sumber Vietnam untuk pelaburan kanta jantina, ekonomi digital dan AI, rantaian bekalan hijau, pembiayaan lestari dan e-Mobiliti.

Sarah Hooper, Jeneral Konsul Australia di Bandar Ho Chi Minh berkata "Peralihan sifar bersih global hanya boleh dicapai dengan pelabur, kerajaan dan masyarakat sivil bekerjasama. Australia terus menyokong beberapa inisiatif di Vietnam yang memangkin pelaburan sektor swasta yang lebih besar bersama-sama pendanaan Kerajaan untuk mencapai hasil yang berkesan." Ucapan pembukaan beliau menekankan tentang kuasa perkongsian.

Persidangan tersebut juga menampilkan sesi pembentangan teknologi dan impak oleh syarikat rintisan, Jamuan Eksekutif Sifar Sisa Positif Alam dan Resepsi Jaringan pasca persidangan yang memupuk perhubungan berkaitan pelaburan ESG, pembangunan lestari dan matlamat sifar bersih.

Van Ly, Rakan Kongsi di Raise Partners berkongsi: "Dalam situasi global yang tidak menentu, Vietnam berada pada detik penting untuk pembangunan lestari. Peralihan pasaran, kejelasan ESG dan pembaharuan sektor swasta seperti Resolution 68 menawarkan peluang transformasi. Persidangan Pelabur ESG Vietnam pada tahun ini memacu dialog yang berpaksikan tindakan berani untuk memangkin impak pada waktu Vietnam memasuki era baharu pembangunan pelbagai yang bertanggungjawab."

Ke Arah Acara Sifar Bersih

Persidangan tersebut melaksanakan inisiatif hijau untuk mengurangkan jejak karbon termasuk pengurangan plastik sekali guna, kitar semula pintar, penyelesaian cekap tenaga, amalan sisa minimum, penyajian makanan lestari dan penggunaan bahan mesra alam. Kesihatan, keselamatan dan perlindungan diutamakan serta hadirin digalakkan untuk menyumbang kepada program gantian karbon Wilayah Quảng Trị yang menyasarkan Sifar Bersih.

Persidangan pada tahun ini menyerlahkan peranan penting ESG dalam laluan ekonomi lestari Vietnam serta potensinya untuk membuka kunci kepada pelaburan berkesan dalam Tenaga, Infrastruktur, Logistik dan Buruh yang ditunjukkan melalui usaha sifar bersih acara ini sendiri.

Hao Tran, CEO, Vietcetera | events.rsvp@vietcetera.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/2034d1d6-9ae3-4692-939e-2747834baaaa


Powered by EIN News

Distribution channels: Culture, Society & Lifestyle, Media, Advertising & PR

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Submit your press release